Friday, 29 November 2013

Semester 3 di UiTM Lendu

Kehidupan pasa semester 3 masih di dalam mimpi lagi. Masih belum sedar dari angan angan nak naik pelamin. Dulu masa semester 2 terasa junior sangat tapi sekarang dah naik pangkat lah. Untuk student part 1 yang dapat Fine Art di UiTM Alor Gajah Melaka, WELCOME! SELAMAT DATANG! Belajar elok elok jangan nak buat benda tak senonoh pulak belakang studio 1 tu *Nampak depan mata* 

untuk semester 3 pun sama ada 10 subjek termasuk elektif. Dan subjek elektif aku amik Industri Design. Niat nya nak amik graphic tapi memandangkan ahli yg berebut graphic sangat ramai oleh itu aku pun berpindah ke industry design. Tak banyak yg kena belajar cuma basic nya saja.

Pada awal minggu lagi dah ada konflik kat kelas sebab hal yg remeh dah AKU tak amik tahu langsung sebab nya? Bergaduh benda yg sangat bodoh. Harap korang jaga hubungan dengan kawan kawan ya.

Jadi pada sem ni semua nak kejar DEKAN, aku pun nak jugak untuk kali yg ke-dua. Biasalah lumrah manusia, memang ada sikap tamak dalam diri. Tapi tamak untuk Berjaya tak apa cuma pada jalan yang betul. insyaAllah sem ni semua kelas aku, kawan kawan aku semua DEKAN.