Friday 7 December 2012

Tempat Orang

Ohh Ohh tau tak saya dah tak duduk kat rumah? Hee, saya skrg kat kolej Tun Hamzah Uitm, menyampah nya masa minggu destini siswa, =,= rasa nak menangis betul, kena bangun awal, biasa lah pukul 4, tapi itu tak kesah yg kesah nya semua gerak sekali 700 orang, bayangkan nak makan beratur panjang giler >< ee tak sukanyaaa, boleh kata hidup kita di kawal dlm masa 7 hari :) 

memang tiap malam korang akan nangis teringat kan mak nak balik rumah, haa saya ada jugak la nangis kan sebab stress gile kene kontrol tapi... saya ada  orang teman ^__^ haa, jadi terima kasih awak!!
tido tu baca doa semua ehh, amik wudu ke, hehe, bahaya

tapi MDS tu ada baiknya sebab PM bantu kita nak daftar semua, jadi kita tak la terpinga pinga nak pegi situ sini, MDS ni menyeronokkan bila aktiviti dengan PM la, kalau dgn rektor semua tu sumpah! bosan, ceramah straight dari pagi sampai petang tak kan lari lah :) tahan mata jee..

dapat pulak buat kat Dewan Taming Sari, perhh memang mengantuk tak ingat la, air cond kuat gilerrr, duduk dalam tu kalau tak tersengguk tu tak sah la ^^ tapi...... hati hati, abang abang PM semua ready dgn camera je nak amik gambar korang HEHE, errr,, saya kena jugak >< tertido, hee..

ohh ohh lupa pulak, gambar korang tu dia tayangkan masa penutup MDS, jadi sila hati hati hehe..

*haa, awak awak saya dah update blog ni awak boleh baca tau? hehe, terima kasih sbb teman saya na? hee kata kata awak semua saya ingat, mama pon :) hihihi,,

Saturday 15 September 2012

Temuduga Seni Lukis & Seni Reka UiTM

Salam semua, seperti biasa apa saja pengalaman yg korang ada, expecially pasal temuduga ni, mesti akan up-date kat blog dorang untuk share, so memandangkan temuduga UITM hanya di buat 2 kali setahun, jadi aku pon nak share kat korang yg akan datang mana tau korang dapat ke. Percayalah, di saat korang dapat temuduga, mesti kelam gile punye cari orang nak tanya dan search google bagai, so mungkin ni dapat membantu :) kebanyakkan aku buat research dorg tak bagi tau detail, dan tiap2 tahun mungkin ada perubahan.

Selalu nya keputusan panggilan temuduga akan di keluarkan seminggu awal sebelum hari temuduga supaya korang siap sedia nak prepare barang, kalau korang mohon kos kat uitm, dia mesti bagi tau kos apa yg kene temuduga, kalau dah tau ada kos yg kene temuduga, pandai2 la cek laman web uitm selalu ehh, boleh jugak cek guna fon nnt dorg hanta msj, tapi kalau guna mesej lambat sikit dia bagi tau :) HAHA

Masa dapat temuduga tu jenuh la aku google apa yg kene bawak, tanya kwn apa yg kene buat, Zzzzz semua tu memang meletihkan, kene bwk portfolio (untuk yg amek seni) dan apa yg penah kita lukis (utk yg tak amek seni) aku dahh mcm ........=.= aku lukis merata2 tempat mcm mana nak bwk?! tah kemana pon aku tak tau, oleh tu terpaksa la cover balik, lukis balik.. kalau tak de pon tak pe, tapi LEBIH BAIK ada untuk menyakinkan panel :) sebab time lukis tu maybe nak keja masa, buat pon tak kemas, so portfolio tu la yg sokong korg, *panel pon tau yg 1 jam tu mmg tak cukup nak habiskan lukisan tu (dia ckp kat aku)

aku kene berkumpul kat uitm Shah Alam, selalu memang dia bagi jam 8:30am hari sabtu, mana2 aku search pon 8:30am jugak, balik? OHH, dia tak bagi tau cuma anggarkan je, aku semalam balik pukul 1:00pm.. apa UJIAN yg akan diorang bagi :

1-Ujian Melukis
2- Temubual

Ujian melukis - dia akan letak korang dalam 1 bilik seramai 20org, barang yg korg kene lukis tu kat tengah2 dan korang akan duduk mengelilingi barang tu, apa yg korang nampak, itu lah yg korg lukis, setiap org sudut barang lain2, aku nasihat kan korang, kalau korang kene lukis "kain yg menjela-jela ke bawah" dan kain tu ada "corak", seriously! TAK PAYAH lukis corak kain tu sekali ! kalau terel its ok, tapi aku memang tak buat and panel tu tak kan tanya, apa yg panel tu nak TON WARNA, KELEMBUTAN, RUANG, SUDUT BARANG kau jadi ke tak. OHH lupa, ujian tu 1 jam :) HEHE, sape yg terel saje akan dapat siap kan!

Temubual - masa ni aku bet korang mesti nervous bagai nak rak ahhh~ HAHA, time ni la nak hafal nama pelukis, maksud grafik, masksud tu maksud ni, HAHA, padan muka! lepas tu memilih nak panel yg mana, KAH KAH KAH, jangan MIMPI ! apa yg aku tengok semalam ada panel yg tanya kat budak tu (tak kenal) sifir..  "11 x 8 berapa?"  budak tu kira2 tapi tak dapat "alahh tak ingat lahhh"  "11 x 8 tak ingat??" then ada abg senior sorg ni semak "hah! tak cukup jari kamu boleh pinjam jari saya sekali"  HAHA, aku nak gelak tak boleh sebab budak tu tgh NERVOUS habes lupa semua! ada yg tanya definisi uitm, yg penting, SPEAKING!

sampai giliran aku no 115, aku kena dgn abg and abg TUA sikit, mula2 tu bagi la salam ehh adik2, and dia akan cakap have a seat, dari tu korang tau yg korg kene speaking, intro yourself, cehh elok je aku speaking, tetibe abg tua sikit tu tanya "what do you know about graphic" aku dahhhh...... Zzzzz  "boleh saya cakap melayu tak?"   "HAH? why? (cek result eng spm) no no no, your english is good, cannot cannot, you can speaking just now, just try, your english is quiet good!"   Zzzzz teruskan je lahh.. dia akan tanya pasal peribadi, time tu buat la muka sedih sikit mungkin dapat tarik perhatian, mcm aku mak ayah aku cerai, jadi cite jerr, dorg tgk lukisan aku, and dorg kata "bagus! kamu ada potensi dalam 3d dan 2d and you know, you tak de basic art langsung!" kembang kecut akuu~ HAHA, masa aku ada 4 org, 2 yg temubual, 2 lagi prof tgh sembang2, kata nya aku ada bakat dalam seni halus dan graphic, dan dgr nye mcm nak campak aku kat melaka, InsyaAllah ada rezeki.

Apa yg korg kene tau, dalam Art & Design ada lagi 9 cabang,

1- perindustrian (design kereta, for girls jgn amek sbb byk keje dlm workshop)
2- logam (design cincin, rantai, gelang, barang2 emas)
3- tekstil (design kain, mcm nagoya, kamdar haha)
4- fotographer (bawak la gambar yg korg tgkp tunjuk kat dia)
5- seni halus (seni yg mendalam)
6- graphik (design logo, poster)
7- pencetakan 
8- simen
9- fesyen 

masa ni aku bet korang akan confuce, so aku bagi tau sebab aku buat research senior blog lain tak bagi tau pasal ni, masa tu bawak la alat lukis, kertas lukisan sendiri, pencil 2B 3B 4B 5B 6B sampai 8B je boleh guna, nak buat ton warna pulak TAK BOLEH guna tangan/jari korg mcm time sekolah dulu, guna pensil jer! masa ujian lukis, aku cakap korang tak ramai yg dapat habiskan, serius! ada yang sempat lakar je, tapi tak sempat warna, ada yg lukis tak habis, boleh kata dalam 1 bilik tu sorg atau 2 org je yg siap lukis and siapkan ton warna, aku try usha bdak kelas aku tu, boleh kata aku agak baik laa (bangga) pelik jugak kenapa dorg tak boleh nak siapkan sebab dorg memang budak seni, rupa rupanya baru aku tersedar, dorg memang amek seni kat sekolah/sekolah teknik TAPI dorg BUKAN seni halus, ada yg aku tegur2 dia amek fesyen.. tekstil.. patut la lukis tak habis.. =,= bak kata panel aku tuu "kamu seni halus ni, saya rekomen kat kamu seni halus, bukan apaa, ada hikmah sebenarnya saya bagi kamu ni" OHH, begitu~

aku tengok blog senior lain, dorg ada 3 ujian, 1 ujian lukis, 2 ujian kreativiti, 3 ujian temubual, ujian kreativiti aku tak de, mgkin tahun 2012 ni lain kot, apa yg aku tau ujian kreativiti tu kene guna imaginasi, dia bagi 1 kertas and dalam ketas tu ada 6 kotak dan garisan yg tak habis, korg kene sambungkan garisan2 tu and lukis serta ada jalan ceritanya~ susah kan? naseb aku tak de,

apa apa pon, aku doa kan korang yg terbaik, jangan nervous, rileks je, time tu cari la member utk tenangkan fikiran, aku pulak ngantuk mcm org ape tahh.. mase temubual tu dorg suka uji, kalau dorg kutuk2 korang, lawan balik, kadang topik yg tak de kne mengene dia tanya, pasal agama, pasal nyanyi, korang nervous lagi dia kacau, dia nak tengok korg ni ada keyakinan ke tak, keyakinan tu PENTING, and lagi 1, kalau dia cakap "kalau saya hantar awak kat........" yg jauh dari semenanjung or Malaysia, cakap saja TAK PE SAYA TAK KESAH! *bukan nya betul pon, saje nak test korg ni berdikari ke tak~

ni jee apa yg aku nak kongsi, entry ni mungkin akan di baca oleh budak2 tahun depan yg buat research kat google, gelabah2 ann, HAHA, terima kasih kerana membaca dan semoga berjaya :)













Thursday 6 September 2012

Lesen L

Im having a seriously mind problem! Adehh, minggu lepas aku amek lesen dgr ceramah bagai tu, time tu tak payah cakap lah dia punya mengantuk tuh! ERGHH, masa tu aku dah mental habis!
 
   "Kau nak merepek apa suka hati kau lah aku dah tak dgr papeh!"

HAHA, so aku dgr tak dgr je lah, bukan tak nak dgr, try gak nak dgr tapi mmg tak masuk telinge langsung, suara uncle tu pon aku tak dgr, mana tak nya hari tu aku tidur pukul 5 pagi dan bgn pukul 7 pagi  *ada hal*

bila dgr ceramah tu dah habes so kena lah  hafal 1 buku L tuu~ adehhh~ senang memang senang, soalan cek butawarna tu yg tu aku tak tahan, menjuling mata aku. OPPs, bukan ni yg aku nak cerita sbnr nya, bila aku tgk semua kwn aku yg amek lesen tu punya cite A-Z nyampah pulak aku. HUHU, aku target nak habis kan buku tu seminggu je bermakna hari Ahad ni aku nak amek la lesen, tapi skrg ni dah Jumaat dan aku 1 pon tak hafal, sikit je aku baca lepas tu buat latihan, HAHAHA, minggu ni pulak 3 hari aku keje 12jam sebab staff tak de, bile balik je aku terus tido.. penat....

Hari2 kat tempat keje mmg nak baca tapi komputer depan mata nih.. dia tarik2 aku laaa~ bila aku buat latihan separuh jer, pandang kat home fb ada news baru, ZZzz, tutup buku..  baca pulak lagi sekali, tetibe teringat "EHH, apa lirik lagu ni ehh?"  tutup buku... bukak google pulak, nyanyi2 tetibe sedar dari khayalan.. bukak pulak buku.. baca dan baca tetibe nmpk notifications "EHH, sapa nih" tutup buku.... Zzzzz bila nak habes nye buku nehhhh!! dugaan banyak nyerrr, esok dah sabtu!

Dan ngantuk tetibe menelebungi mata2 aku..
 bangun LILY SAYANG.... bangun bangun.. nak amek lesen tak nak nehh, andai nya aku ni seorang yg genius, atau pon ahli sihir, pandang je buku aku dah tau apa ada dalam buku tu.. tu baru la styleee~~~

dan sekarang dah nampak kan, aku tutup buku dan buat posting kat sini,.... HAHAHAHA
hidup aku ni penuh dgn bermain dan susah nak serius! haaa aahhhhhh~ susahnya hidup...


Friday 20 July 2012

Painting

hehe, aku tak berapa bagus, tapi aku mencuba, jadi ini lah hasil nya

Friday 17 February 2012

Howls Moving Castle

Baru baru ni aku tengok anime Spirited Away, memang best giller! sapa yg minat anime boleh la tgk! ^^
www.animecrazy.com
Watak laki dalam tu pon boleh tahan hansem nye, ahhaaa (aku ni pk hansem jee)


nama dia Haku-Sama, kakkoi nee? neee~

alahh, cerita pasal Semangat, tengok lahh! anime ni dpt best award tau!

Lepas tu aku tgk HOWLS MOVING CASTLE, ni antara favourite aku sebab cite die besttt!! love love!
hahahhaha, watak laki dia hansemmmm nyee!!


nama dia Howls, seorang ahli sihir.. hansem kan? lembut pulak tu, manisss jeee~

Suka tengok cerita ni sebab.. tgk lah sendiri, hehe..

Howls tukar rambut hitam




  Spirited away

  Scene paling best bagi aku, fly fly