Friday 29 November 2013

Semester 3 di UiTM Lendu

Kehidupan pasa semester 3 masih di dalam mimpi lagi. Masih belum sedar dari angan angan nak naik pelamin. Dulu masa semester 2 terasa junior sangat tapi sekarang dah naik pangkat lah. Untuk student part 1 yang dapat Fine Art di UiTM Alor Gajah Melaka, WELCOME! SELAMAT DATANG! Belajar elok elok jangan nak buat benda tak senonoh pulak belakang studio 1 tu *Nampak depan mata* 

untuk semester 3 pun sama ada 10 subjek termasuk elektif. Dan subjek elektif aku amik Industri Design. Niat nya nak amik graphic tapi memandangkan ahli yg berebut graphic sangat ramai oleh itu aku pun berpindah ke industry design. Tak banyak yg kena belajar cuma basic nya saja.

Pada awal minggu lagi dah ada konflik kat kelas sebab hal yg remeh dah AKU tak amik tahu langsung sebab nya? Bergaduh benda yg sangat bodoh. Harap korang jaga hubungan dengan kawan kawan ya.

Jadi pada sem ni semua nak kejar DEKAN, aku pun nak jugak untuk kali yg ke-dua. Biasalah lumrah manusia, memang ada sikap tamak dalam diri. Tapi tamak untuk Berjaya tak apa cuma pada jalan yang betul. insyaAllah sem ni semua kelas aku, kawan kawan aku semua DEKAN. 






Sunday 10 November 2013

Return to Lendu

Assignment semakin hampir, dan cuti pun dah nak habis. Kemalasan semakin kemuncak, kalau lah aku boleh buat karangan aku dah buat tapi aku tau aku tak hebat! 

23 November ni dah kena daftar , bukan tak teruja nak masuk sem baru, maklum lah sem senior part 3, cuma tak tau kerja apa pulak kitorg kena tempuh. Cukup seksa dgn keje sem 2, tapi tak pe :) dah nama pun belajar. Apa benda yg senang dlm dunia ni? Nak mengundi pun susah. Pegi toilet pun kena bayar. 

Tapi apa pun, kena lalui jugak benda tu, mana boleh tinggal, penat aku habis duit.. Lagi pun kata mama klu tak habis belajar tak boleh kawin. NONONONO benda tu tak kan terjadi. Aku musti kawin, musti ! 

Saturday 2 November 2013

Imbasan UiTM Lendu

Sekarang on my way to semester 3, jadi entah macam mana aku boleh teringat masa mula mula aku masuk Lendu ni, semester 1. Muka tak payah cakap selenge nya bukan main, HAHA, Entah bila masa pulak jam ni berjalan, aku pun dah habis sem 2. Alhamdulillah, segala penat semua aku tempuh akhirnya LULUS RESULT SEM 2. woaahhhh tak sangka betul. 

So ni antara kenangan yg aku dapat flashback. Seronok sebenarnya dapat bergelar student UiTM. Tempat yg mmg aku nak timba ilmu dari sekolah menengah lagi. Ingat cuma tinggal mimpi je dpt belajar kat UiTM. Tapi mimpi tu jadi kenyataan :) Tiap sem semua tekanan tu kitorg lawan sama sama, kerjasama, semua tu seronok sangat, naik pentas menjadi golongan pelajar Dekan, semua tu benda yg aku nak buat dengan diorg dan Alhamdulillah semua tu di beri peluang :) 

Thursday 31 October 2013

Another drawings

Jadi sewaktu cuti sem, aku practice dengan skill drawing aku, macam manusia biasa, aku bukan nya pro pun, banyak lagi yang nak kena ekjas. Kata lecture 

"Kalau drawing kamu power, semua benda kamu boleh lukis" 
 -Encik Azahari a.ka Encik Bob-

Aku pegang kata kata tu.. 

"Kalau org tengok lukisan, kalau lukisan dia power, orang akan duduk lama kat lukisan tu, tenung je"

Yes, aku memang perasan pun. Masa pameran hari tu. Sebenarnya aku malas nak lukis sebab ikut mood tapi kalau nak ikut mood memang sampai bila pun aku tak kan pegang pensil. Oleh itu aku ambil keputusan untuk mengikut paksaan diri. Aku akan lebih bersemangat kalau ada yang mintak aku lukis kan muka diorang *especially kawan* tapi dalam masa yang sama aku jugak malas sebab bila dorang mintak buatkan aku tak ada mood nak buat. 

Dengan kata lain untuk mengelakkan rasa bosan bila melukis, aku selalu lukis muka orang yg tersayang, muka adik, kakak, awak.. Nak lukis portrait bukan senang tau, sampai sekarang aku tak tau macam mana nak lukis, sem depan mula belajar dah lah hihi..

Ni kawan aku mintak tolong lukiskan buah hati dia :D

Ini adik aku Warith Wafri, yang pertama buat jadi mungkin
banyak kerosakan yg di alami

ni pun, position dia  problem, hidung terlalu
panjang ke bawah

Binatang yg aku teringin nak bela.
Yes, Iguana. tapi separuh jalan sebab
terlalu banyak detail

Salah satu kepakaran aku, lukis mata.
Hanya ini lah yg mampu aku lakukan.
Hanya ini.

Nama dia Anas, buah hati aku. Hee~ kawan rapat.
Ingat jadi tapi ini lah hasil nya.
elok muka nya comel tapi sampai kat tangan
yang tak pakar........

Cross-hatching teknik


Sunday 28 July 2013

Love of art

There is so many colors, red, blue, yellow, purple, green, white and there is so many name that I couldn't tell you. Blue, the color he love the most. Red, his heart. We met, from drawing that we drew a months ago. Yet, we still remember how we used to know each other. From black and white, until we made the color. Day by day red changed to pink, blue changed to ultramarine, purple change to violet, and white changed to titanium. As he changed to be a very charming guy. 

Love that we create, is always be on my canvas, the colors, mix with love. It will be my precious artwork. 



Artist

We start from nothing, came from many places, we don’t know each other. But the art, have mix us. With the colour of the wind. We fight. We smile. Sometimes argue. But in the end, we will fight together to win. We are going to achieve it. The title artist, will be our name. One day. 



Saturday 8 June 2013

Part 2

Alhamdulillah, maka sampai lah Cik Khalili Bt Zadrul dot dot dot di perkarangan Lendu. Ikut kan hati aku masih lagi nak cuti tapi apa boleh buat

"Nak kawin kena habiskan belajar."

Oleh kerana ayat yg cukup menusuk jantung itu lah, aku bertekad nak habis kan belajar dan jadi manusia yg berguna! HO HO HO! Bukan apa cuma mama nak tengok anak dia berjaya, aku pun nak tengok diri aku berjaya jugak.

Sesungguhnya, hati aku ni takut sangat nak naik sem baru, hati tu debar debar je, aku dapat kolej Tun Putih, kolej yg paling tinggi dalam uitm lendu nih, cakap je apa kawasan yg aku tak nampak, semua nampak, oleh itu, kawasan ini aku yg pegang. *berangan*

Kolej dia, not bad. Ada katil, meja, kipas, lampu, kerusi. Tapi agak tua lah, dah kata pun senior kan =_= jadi agak usang jugak lah. Bersyukur dengan apa yg ada, selagi benda tu tak hancur, walaupun hampir patah jugak meja tu aku duduk. *Tapi itu tak di sengajakan* Luas bilik pun boleh tahan, lantai pun lawa, dinding masih ada rupa dinding, bilik air pun..boleh lah.. okay la..Dengar kata Tun Putih college best of the year. Really? entah aku pun tak tau la best lagi ke tak sem aku ni.

Weh, stress jugak aku fikir pasal kelas nak mula isnin nih, dengan subject baru, kadang terfikir sama ada aku lepas ke tak buat semua ni. Rasa macam tak sampai hujung jalan pun ada, pertengahan dah berhenti. Rasa macam stress sampai nak mati pun ada.

InsyaAllah dengan izin Allah, aku dapat lalui semua benda ni dengan tenang. Amin

Tuesday 4 June 2013

Draw with love



Berbakat, bijak, panda lukis kan untuk aku. Terima kasih. Macam mana dia buat, aku.. tak reti lukis macam dia buat. Sketch dia cantik sangat! Sebenarnya aku nak lukisan tuuu T_T tapi tak pe lah, ada rezeki kalau boleh jumpa aku nak mintak. HIHI

Ohh! ada lagi satu hadiah yang paling paling paling aku suka. 





Dia buat sendiri, aku ingat memang ada warna tu, coeml comel sangat! Hari lahir belum sampai lagi tapi tak pe  lah, hihi, terima kasih terima kasih, Lily bukan nak hadiah yang mahal pun, Lily suka hadiah yg di buat sendiri, nampak macam kita berusaha sungguh sungguh nak bagi hadiah. Lily hargai sangat. 

Aku baru nak buat minum kat kolej nanti, tiba tiba ada satu note "untuk letak pensil" HAHA, terus tak jadi, sampai takut nak pegang takut warna dia hilang. Menangis aku kalau sikit pun warna dia hilang!