Saturday 8 June 2013

Part 2

Alhamdulillah, maka sampai lah Cik Khalili Bt Zadrul dot dot dot di perkarangan Lendu. Ikut kan hati aku masih lagi nak cuti tapi apa boleh buat

"Nak kawin kena habiskan belajar."

Oleh kerana ayat yg cukup menusuk jantung itu lah, aku bertekad nak habis kan belajar dan jadi manusia yg berguna! HO HO HO! Bukan apa cuma mama nak tengok anak dia berjaya, aku pun nak tengok diri aku berjaya jugak.

Sesungguhnya, hati aku ni takut sangat nak naik sem baru, hati tu debar debar je, aku dapat kolej Tun Putih, kolej yg paling tinggi dalam uitm lendu nih, cakap je apa kawasan yg aku tak nampak, semua nampak, oleh itu, kawasan ini aku yg pegang. *berangan*

Kolej dia, not bad. Ada katil, meja, kipas, lampu, kerusi. Tapi agak tua lah, dah kata pun senior kan =_= jadi agak usang jugak lah. Bersyukur dengan apa yg ada, selagi benda tu tak hancur, walaupun hampir patah jugak meja tu aku duduk. *Tapi itu tak di sengajakan* Luas bilik pun boleh tahan, lantai pun lawa, dinding masih ada rupa dinding, bilik air pun..boleh lah.. okay la..Dengar kata Tun Putih college best of the year. Really? entah aku pun tak tau la best lagi ke tak sem aku ni.

Weh, stress jugak aku fikir pasal kelas nak mula isnin nih, dengan subject baru, kadang terfikir sama ada aku lepas ke tak buat semua ni. Rasa macam tak sampai hujung jalan pun ada, pertengahan dah berhenti. Rasa macam stress sampai nak mati pun ada.

InsyaAllah dengan izin Allah, aku dapat lalui semua benda ni dengan tenang. Amin

Tuesday 4 June 2013

Draw with love



Berbakat, bijak, panda lukis kan untuk aku. Terima kasih. Macam mana dia buat, aku.. tak reti lukis macam dia buat. Sketch dia cantik sangat! Sebenarnya aku nak lukisan tuuu T_T tapi tak pe lah, ada rezeki kalau boleh jumpa aku nak mintak. HIHI

Ohh! ada lagi satu hadiah yang paling paling paling aku suka. 





Dia buat sendiri, aku ingat memang ada warna tu, coeml comel sangat! Hari lahir belum sampai lagi tapi tak pe  lah, hihi, terima kasih terima kasih, Lily bukan nak hadiah yang mahal pun, Lily suka hadiah yg di buat sendiri, nampak macam kita berusaha sungguh sungguh nak bagi hadiah. Lily hargai sangat. 

Aku baru nak buat minum kat kolej nanti, tiba tiba ada satu note "untuk letak pensil" HAHA, terus tak jadi, sampai takut nak pegang takut warna dia hilang. Menangis aku kalau sikit pun warna dia hilang!