Thursday, 31 October 2013

Another drawings

Jadi sewaktu cuti sem, aku practice dengan skill drawing aku, macam manusia biasa, aku bukan nya pro pun, banyak lagi yang nak kena ekjas. Kata lecture 

"Kalau drawing kamu power, semua benda kamu boleh lukis" 
 -Encik Azahari a.ka Encik Bob-

Aku pegang kata kata tu.. 

"Kalau org tengok lukisan, kalau lukisan dia power, orang akan duduk lama kat lukisan tu, tenung je"

Yes, aku memang perasan pun. Masa pameran hari tu. Sebenarnya aku malas nak lukis sebab ikut mood tapi kalau nak ikut mood memang sampai bila pun aku tak kan pegang pensil. Oleh itu aku ambil keputusan untuk mengikut paksaan diri. Aku akan lebih bersemangat kalau ada yang mintak aku lukis kan muka diorang *especially kawan* tapi dalam masa yang sama aku jugak malas sebab bila dorang mintak buatkan aku tak ada mood nak buat. 

Dengan kata lain untuk mengelakkan rasa bosan bila melukis, aku selalu lukis muka orang yg tersayang, muka adik, kakak, awak.. Nak lukis portrait bukan senang tau, sampai sekarang aku tak tau macam mana nak lukis, sem depan mula belajar dah lah hihi..

Ni kawan aku mintak tolong lukiskan buah hati dia :D

Ini adik aku Warith Wafri, yang pertama buat jadi mungkin
banyak kerosakan yg di alami

ni pun, position dia  problem, hidung terlalu
panjang ke bawah

Binatang yg aku teringin nak bela.
Yes, Iguana. tapi separuh jalan sebab
terlalu banyak detail

Salah satu kepakaran aku, lukis mata.
Hanya ini lah yg mampu aku lakukan.
Hanya ini.

Nama dia Anas, buah hati aku. Hee~ kawan rapat.
Ingat jadi tapi ini lah hasil nya.
elok muka nya comel tapi sampai kat tangan
yang tak pakar........

Cross-hatching teknik