Saturday, 15 September 2012

Temuduga Seni Lukis & Seni Reka UiTM

Salam semua, seperti biasa apa saja pengalaman yg korang ada, expecially pasal temuduga ni, mesti akan up-date kat blog dorang untuk share, so memandangkan temuduga UITM hanya di buat 2 kali setahun, jadi aku pon nak share kat korang yg akan datang mana tau korang dapat ke. Percayalah, di saat korang dapat temuduga, mesti kelam gile punye cari orang nak tanya dan search google bagai, so mungkin ni dapat membantu :) kebanyakkan aku buat research dorg tak bagi tau detail, dan tiap2 tahun mungkin ada perubahan.

Selalu nya keputusan panggilan temuduga akan di keluarkan seminggu awal sebelum hari temuduga supaya korang siap sedia nak prepare barang, kalau korang mohon kos kat uitm, dia mesti bagi tau kos apa yg kene temuduga, kalau dah tau ada kos yg kene temuduga, pandai2 la cek laman web uitm selalu ehh, boleh jugak cek guna fon nnt dorg hanta msj, tapi kalau guna mesej lambat sikit dia bagi tau :) HAHA

Masa dapat temuduga tu jenuh la aku google apa yg kene bawak, tanya kwn apa yg kene buat, Zzzzz semua tu memang meletihkan, kene bwk portfolio (untuk yg amek seni) dan apa yg penah kita lukis (utk yg tak amek seni) aku dahh mcm ........=.= aku lukis merata2 tempat mcm mana nak bwk?! tah kemana pon aku tak tau, oleh tu terpaksa la cover balik, lukis balik.. kalau tak de pon tak pe, tapi LEBIH BAIK ada untuk menyakinkan panel :) sebab time lukis tu maybe nak keja masa, buat pon tak kemas, so portfolio tu la yg sokong korg, *panel pon tau yg 1 jam tu mmg tak cukup nak habiskan lukisan tu (dia ckp kat aku)

aku kene berkumpul kat uitm Shah Alam, selalu memang dia bagi jam 8:30am hari sabtu, mana2 aku search pon 8:30am jugak, balik? OHH, dia tak bagi tau cuma anggarkan je, aku semalam balik pukul 1:00pm.. apa UJIAN yg akan diorang bagi :

1-Ujian Melukis
2- Temubual

Ujian melukis - dia akan letak korang dalam 1 bilik seramai 20org, barang yg korg kene lukis tu kat tengah2 dan korang akan duduk mengelilingi barang tu, apa yg korang nampak, itu lah yg korg lukis, setiap org sudut barang lain2, aku nasihat kan korang, kalau korang kene lukis "kain yg menjela-jela ke bawah" dan kain tu ada "corak", seriously! TAK PAYAH lukis corak kain tu sekali ! kalau terel its ok, tapi aku memang tak buat and panel tu tak kan tanya, apa yg panel tu nak TON WARNA, KELEMBUTAN, RUANG, SUDUT BARANG kau jadi ke tak. OHH lupa, ujian tu 1 jam :) HEHE, sape yg terel saje akan dapat siap kan!

Temubual - masa ni aku bet korang mesti nervous bagai nak rak ahhh~ HAHA, time ni la nak hafal nama pelukis, maksud grafik, masksud tu maksud ni, HAHA, padan muka! lepas tu memilih nak panel yg mana, KAH KAH KAH, jangan MIMPI ! apa yg aku tengok semalam ada panel yg tanya kat budak tu (tak kenal) sifir..  "11 x 8 berapa?"  budak tu kira2 tapi tak dapat "alahh tak ingat lahhh"  "11 x 8 tak ingat??" then ada abg senior sorg ni semak "hah! tak cukup jari kamu boleh pinjam jari saya sekali"  HAHA, aku nak gelak tak boleh sebab budak tu tgh NERVOUS habes lupa semua! ada yg tanya definisi uitm, yg penting, SPEAKING!

sampai giliran aku no 115, aku kena dgn abg and abg TUA sikit, mula2 tu bagi la salam ehh adik2, and dia akan cakap have a seat, dari tu korang tau yg korg kene speaking, intro yourself, cehh elok je aku speaking, tetibe abg tua sikit tu tanya "what do you know about graphic" aku dahhhh...... Zzzzz  "boleh saya cakap melayu tak?"   "HAH? why? (cek result eng spm) no no no, your english is good, cannot cannot, you can speaking just now, just try, your english is quiet good!"   Zzzzz teruskan je lahh.. dia akan tanya pasal peribadi, time tu buat la muka sedih sikit mungkin dapat tarik perhatian, mcm aku mak ayah aku cerai, jadi cite jerr, dorg tgk lukisan aku, and dorg kata "bagus! kamu ada potensi dalam 3d dan 2d and you know, you tak de basic art langsung!" kembang kecut akuu~ HAHA, masa aku ada 4 org, 2 yg temubual, 2 lagi prof tgh sembang2, kata nya aku ada bakat dalam seni halus dan graphic, dan dgr nye mcm nak campak aku kat melaka, InsyaAllah ada rezeki.

Apa yg korg kene tau, dalam Art & Design ada lagi 9 cabang,

1- perindustrian (design kereta, for girls jgn amek sbb byk keje dlm workshop)
2- logam (design cincin, rantai, gelang, barang2 emas)
3- tekstil (design kain, mcm nagoya, kamdar haha)
4- fotographer (bawak la gambar yg korg tgkp tunjuk kat dia)
5- seni halus (seni yg mendalam)
6- graphik (design logo, poster)
7- pencetakan 
8- simen
9- fesyen 

masa ni aku bet korang akan confuce, so aku bagi tau sebab aku buat research senior blog lain tak bagi tau pasal ni, masa tu bawak la alat lukis, kertas lukisan sendiri, pencil 2B 3B 4B 5B 6B sampai 8B je boleh guna, nak buat ton warna pulak TAK BOLEH guna tangan/jari korg mcm time sekolah dulu, guna pensil jer! masa ujian lukis, aku cakap korang tak ramai yg dapat habiskan, serius! ada yang sempat lakar je, tapi tak sempat warna, ada yg lukis tak habis, boleh kata dalam 1 bilik tu sorg atau 2 org je yg siap lukis and siapkan ton warna, aku try usha bdak kelas aku tu, boleh kata aku agak baik laa (bangga) pelik jugak kenapa dorg tak boleh nak siapkan sebab dorg memang budak seni, rupa rupanya baru aku tersedar, dorg memang amek seni kat sekolah/sekolah teknik TAPI dorg BUKAN seni halus, ada yg aku tegur2 dia amek fesyen.. tekstil.. patut la lukis tak habis.. =,= bak kata panel aku tuu "kamu seni halus ni, saya rekomen kat kamu seni halus, bukan apaa, ada hikmah sebenarnya saya bagi kamu ni" OHH, begitu~

aku tengok blog senior lain, dorg ada 3 ujian, 1 ujian lukis, 2 ujian kreativiti, 3 ujian temubual, ujian kreativiti aku tak de, mgkin tahun 2012 ni lain kot, apa yg aku tau ujian kreativiti tu kene guna imaginasi, dia bagi 1 kertas and dalam ketas tu ada 6 kotak dan garisan yg tak habis, korg kene sambungkan garisan2 tu and lukis serta ada jalan ceritanya~ susah kan? naseb aku tak de,

apa apa pon, aku doa kan korang yg terbaik, jangan nervous, rileks je, time tu cari la member utk tenangkan fikiran, aku pulak ngantuk mcm org ape tahh.. mase temubual tu dorg suka uji, kalau dorg kutuk2 korang, lawan balik, kadang topik yg tak de kne mengene dia tanya, pasal agama, pasal nyanyi, korang nervous lagi dia kacau, dia nak tengok korg ni ada keyakinan ke tak, keyakinan tu PENTING, and lagi 1, kalau dia cakap "kalau saya hantar awak kat........" yg jauh dari semenanjung or Malaysia, cakap saja TAK PE SAYA TAK KESAH! *bukan nya betul pon, saje nak test korg ni berdikari ke tak~

ni jee apa yg aku nak kongsi, entry ni mungkin akan di baca oleh budak2 tahun depan yg buat research kat google, gelabah2 ann, HAHA, terima kasih kerana membaca dan semoga berjaya :)













62 comments:

  1. Salam, untung laa da abis temuduga. Saya baru nak pi 22hb ni. Takut jugak. Tersgt takut! Lagi satu kos sy dpt seni reka halus logam. Sumpah, tak tahu apa2 pasal kos ni -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat, good luck, saya baru habis diploma :) seni reka halus logam eh, saya mula mula dulu pun tak tau kos seni halus, tapi dah masuk dah belaja alhamdulillah :)

      Delete
  2. tq .. hari ni mmg saya kne prgi temudaga untuk seni haa .. thanks blog ni sgt mmbntu . klakar n ada isi yg tersirat .. doakan saya ye .. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama bagus la kalau membantu, sbb nya masa saya nak interview cari info tak jumpa susahhhhh sgt

      Delete
  3. tq .. hari ni mmg saya kne prgi temudaga untuk seni haa .. thanks blog ni sgt mmbntu . klakar n ada isi yg tersirat .. doakan saya ye .. ;)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..bleh share dgn.sy lbih x sal.dip.seni halus? yg tndga aritu dpt x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, maaf terlalu lambat reply, saya busy sangat dengan assignment and memang tak de masa dah nak blog ni :) saya dah habis diploma dalam kos ni alhamdulillah

      Delete
  5. kalau tak amek subj seni/lukisan kejuruteraan boleh apply tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sebab mereka lihat pada bakat dan skill kita. Kalau ada skill dorg akan serap masuk. Macam saya tak ada basic langsung pasal art and spm dulu amik perakaunan, tapi sbb ada kebolehan jadi dorg serap :)

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Mcm mna nk tau kita dpt coarse apa untk iv seni lukis & seni reka tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti mereka akan bagi borang, untuk kita pilih kos apa yang kita nak :)

      Delete
  8. Thanks a lot! Wahhh ujian kreativiti tu mcm susah je. Pray for my interview this Saturday. Huwaaa scarynyaaa. Dahlah xtau apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah saya doakan tau. Saya baru habis dip in fine art :) harap post ni membantu awak.

      Delete
  9. Thanks a lot! Wahhh ujian kreativiti tu mcm susah je. Pray for my interview this Saturday. Huwaaa scarynyaaa. Dahlah xtau apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You pun kena interview gak this saturday. Hehe same goes to me la. Anw goodluck ๐Ÿ˜‰

      Delete
    2. saya doakan wak Tyra and same goes to arina zamri :) btw saya dah habis diploma in fine art, semoga you all berjaya k

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Thnks for the info.. Saya kena inteeview sabtu nie kat jb . Nervous gaklah sbb sya basic art takde langsung... Wish me luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good Luck :) saya pun tak ada bsic art langsung hehe

      Delete
  12. Thnks for the info.. Saya kena inteeview sabtu nie kat jb . Nervous gaklah sbb sya basic art takde langsung... Wish me luck

    ReplyDelete
  13. Esok i iv dkat machang kelantan . thanks for info . dh dpat keyakinan tu . bgus penulis blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah membantu, saya dapat ilmu saya share dengan ogrg lain sbb masa saya nak interview dulu cari kat bloge bukan main payah lagi hehe

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Time kasih sbb share. Tpi saya nk tnya pensel2 tu semua mmg kena bawak ke??

    ReplyDelete
  16. Time kasih sbb share. Tpi saya nk tnya pensel2 tu semua mmg kena bawak ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. PENSIL semua kena bawak sendiri ya ? Good luck !

      Delete
    2. PENSIL semua kena bawak sendiri ya ? Good luck !

      Delete
  17. Salam.. Sis saya baru tahu sy dpt tawaran untk interview course ni.. Saya cuak ahh sbb saya xda basic lukis ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  18. Waalaikumsalam, tahniah! Hehe saya pun dulu tak de basic lukis, sikit sikit tu boleh lah. TAk yah risau, observe betul betul nnt k. Good luck

    ReplyDelete
  19. Waalaikumsalam, tahniah! Hehe saya pun dulu tak de basic lukis, sikit sikit tu boleh lah. TAk yah risau, observe betul betul nnt k. Good luck

    ReplyDelete
  20. thanks share info yg berguna nih...sis mmg ada bawak portfolio skali ke masa temubual tuh? klw ye sis lukis apa ye

    ReplyDelete
  21. Assalam ,sy student lepasan SPM 2015, sy boleh mlukis plbagai lukisan dan sy jga suka brmain editor gne komputer untuk hasilkan doodle, edit gmbr, Kdg2 sy juga minat dlm multimdia or photogrphy. agak susah tak wktu pmbelajaran dkt UITM? Klw nk buat kje , smua dlm engl ke? Sbb sy tak fasih nk speak eng ,nk mngarang ayat pun skadar boleh biasa je, tp klw org speak eng or beri ssuatu dlm tulisan eng tu boleh lg sy faham :D Nak apply kos fine arts UITM ni nk brapa kredik agak²? bleh apply dkt.
    Email: annurnordin1398@gmail.com
    Ig: nnnurnordin_

    ReplyDelete
  22. Assalam ,sy student lepasan SPM 2015, sy boleh mlukis plbagai lukisan dan sy jga suka brmain editor gne komputer untuk hasilkan doodle, edit gmbr, Kdg2 sy juga minat dlm multimdia or photogrphy. agak susah tak wktu pmbelajaran dkt UITM? Klw nk buat kje , smua dlm engl ke? Sbb sy tak fasih nk speak eng ,nk mngarang ayat pun skadar boleh biasa je, tp klw org speak eng or beri ssuatu dlm tulisan eng tu boleh lg sy faham :D Nak apply kos fine arts UITM ni nk brapa kredik agak²? bleh apply dkt.
    Email: annurnordin1398@gmail.com
    Ig: nnnurnordin_

    ReplyDelete
  23. Salam,saya nak tanya pasal industrial design. Course ni agak mcabar ke macam mana?.bole bgi sya email awak?

    ReplyDelete
  24. huhu...thanks you for share...masih kebingungan nk pilih kos apa huhuhu

    ReplyDelete
  25. assalammualaikum.. saya nak tanya. macam mana saya nak tau course apa yg diorang akan bgi kat saya ya? mean, contohnya: saya suka seni halus, macam mana saya nak tau dia akan bagi saya course tu?

    ReplyDelete
  26. Kos fine art nk apply katne eh? Sbb cek kat Upu xde kuar kos tu.

    ReplyDelete
  27. Kalau dapat temuduga ni tapi tak pergi takpe ke?

    ReplyDelete
  28. huhu 23 ni saya ada interview ...perh nervous x kkira....kak dah habis diplomakan? skang akak buat apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh bro.. Saya pun sama.. Hahaha.. Nervous jgk lah.. Aduhhh..

      Delete
  29. Sy pula 24th ni kt puncak perdana (animasi) sesapa ada tips on Ths course n temuduga NY camne?...pls n tq . n all d best for 2016 going to b uitm students๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  30. Any tips on portfolio lukisan in CD format tu takkkkk...nk wat canggih ke or nk super hebat..

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. waa..nervous r..tp blog ni byk tips mmbantu..tq..23 april ni temuduga..ade x tips lain slain yg dkt ats tu? trima kasih ^^

    ReplyDelete
  33. Tq ..sy pon bakal di iv nnt 23/4..uitm machang..but nk ku lain act..tp rezeki..syukur..this blog really give me lot n useful info..tq very much..just a qusetion..blh tk mntk tukar u lain tp course same?

    ReplyDelete
  34. blog nih sngt mmbntu... harap tip dlam blog akan mmbntu saya mase interview 23/4 nih

    ReplyDelete
  35. alamak akak..kitorg kene la ujian kreativiti tu..tp Alhamdulillah bleh buat...susah kut

    ReplyDelete
  36. akak..biasenye bile diorg akn keluarkan keputusan eh?

    ReplyDelete
  37. akak..biasenye bile diorg akn keluarkan keputusan eh?

    ReplyDelete
  38. berdebarnya tak lame lgy nk temuduga,pas bce blog akak ni mkin berdebar plk..huuu bru thu kne speaking plk tuu....

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum.sis.. Kos fesyen utk diploma ni ada di uitm sri iskandar je ke ? Dkt shah alam hnya utk degree kan? Betul ke ye?

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum.sis.. Kos fesyen utk diploma ni ada di uitm sri iskandar je ke ? Dkt shah alam hnya utk degree kan? Betul ke ye?

    ReplyDelete
  41. Kalau fesyen pulak macam mana?

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum.. akak kalau dalam bidang ni ape peluang pekerjaan pada msa hadapan?

    ReplyDelete
  43. kak, kalau nak belajar seni tapi taknak menghadapi masa yg panjang (amek diploma) tapi terus ke ijazah boleh tak?
    -calon spm 2017-✌๐Ÿป

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum.. Saya pelajar lepasan SPM 2016 (tahun lepas) saya minat seni jugak tapi hasil seni saya lebih kepada banyaknya hitam dan putih,ton bayang sekarang saya nak cuba membuat ia lebih berwarna dengan hanya menggunakan pen dakwat cair.. Boleh saya tahu kos apa yang saya patut ambil? Seni saya macam lebih kepada doodle tapi mempunyai detail yang mendalam..harap dapat membantu

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum, akak. Saya dpt panggilan temuduga utk 10hb Jun ni.. ayah saya xnk saya pergi temuduga dan suruh saya shortlistkn peluang pekerjaan utk pelajar seni reka logam kontemporari. tolong saya kak??

    ReplyDelete
  46. tq share.. saya pon kena p interview dalam seni halus juga. doakan saya ye :)..

    ReplyDelete
  47. Sya pun kena interview pda 10/6/17 ntuk seni halus jugak kt kota samarahan.. Blerr... Mkasih kepada empunya blog ni..

    ReplyDelete
  48. Kena iv 10/6 ni dekat uitm shah alam. Tapi dalam senireka grafik and i have no experience dlm grafik design. Tpi dlu pernah buat doodle gune photoscape sbb ade blog. Adakah itu dikira dlm bidang grafik jgk ke cam mne?

    ReplyDelete